Hari Sabtu lepas, kaki terasa nak memandu
dari negara membangun menuju ke negara maju..
Passport jangan lupa bawa, gps tuk membantu pandu arah,
sedikit tukaran wang - saya bawa 50 dolar sing je = RM128 dengan rate pertukaran beli mata wang adalah RM2.58 untuk $1 dolar sing, kad touch n go and then go!!
Saya masuk ke S'pore melalui Tuas checkpoint
dan keluar melalui tambak johor.
Memang sengaja saya pilih hari sabtu memandangkan ini adalah first drive saya ke Singapura supaya lebih menjimatkan.
Dan hakikatnya saya tidak perlu membayar sesen pun pergi dan keluar S'pore hari tu.
Hanya kos duit myk dan tol di M'sia saja.
Hanya kos duit myk dan tol di M'sia saja.
Pada waktu cuti [Sabtu, Ahad dan
Isnin-Cuti Umum] tidak perlu membayar $20 sebagai bayaran yang
dikenakan untuk memandu masuk ke Singapura [VEP - Vehicle Entry Permit].
Setiap kereta, hanya layak menikmati 10 hari percuma dalam tempoh
setahun.
Seandainya lebih, maka bayaran $20 akan dikenakan sehari walau masuk ke Singapura pada hari minggu.
Hanya perlu mengisi white card yang akan diberikan oleh pegawai kastam S'pore di kaunter semasa pengesahan passport dibuat.
Memandu tanpa arah, hanya mengikut gerak hati dan kaki yang menekan pedal minyak.
Rupanya saya menuju ke Changi Airport.
Signboard di sana tidaklah sesarat signboard di M'sia.
Hanya satu atau dua tempat saja tercatat di signboard
dan selebihnya nama highway P.I.E, B.K.E.
Itu menandakan M'sia lebih byk tempat menarik..Hehe..
Berhampiran Changi Airport ada sebuah taman rekreasi berkonsepkan tanjung & pantai.
Sebab tujuan saya ke S'pore kali ini hanya untuk bersiar2,
jadi saya singgah di sini menikmati pemandangan dan melihat telatah orang.
Terus memandu menyusuri taman yang redup
dan mencari parking berhampiran dengan tempat menyewa basikal.
Harga untuk menyewa basikal adalah $7 dolar untuk satu jam.
Untuk harga promosi saya dapat $10 dolar untuk dua jam.
Berbasikal menyusuri taman yang redup dan pemandangan pantai
amat menenangkan jiwa..
Dari pagi sampai ke petang kebanyakan keluarga datang bereakrasi di sini.
Macam2 prasarana di sediakan termasuklah skateboard track, pelbagai aktiviti air seperti kapal layar, kayak dan sebagainya.
Kat bedok jetty ni ramai orang memancing.
Air lautnya hijau.
Saya ingatkan tak ada ikan, tapi lepas nampak signboard dan seorang pemancing dapat ikan selar klu x silap saya, persepsi saya mula berubah.
Ambil angin lepas penat cycling..
From bedok jetty view.
Lewat petang bergerak ke city dan merlion.
Masa ni camera saya dah kiokk, abis bateri dh..
Adehh, night view agak cantik lebih2 lagi sekarang ni dah nak chritsmas.
Cahaya lampu sepanjang china town menghiasi S'pore.
Klu bab belanja kat sini, kurang syok..
Mula2 tgk baju T 2 helai $20 dolar.
Tapi tibe2 tengok - Made in Malaysia daa..
Lastnye saya hanya beli coklat toblerone 5pcs for $10 dolar..
Ok, klu sy p S'pore lagi nnt saya update lg k..







